Memperkenalkan Rumah Rehat Gaharu, Harga Promosi, Lokasi
(updated on 30 May 2014)
RUMAH REHAT GAHARU (Gaharu Guest House) Terletak di Pekan Temangan Daerah Machang Negeri Kelantan.
Gaharu Guest House is located in TEMANGAN town, MACHANG district, in the state of KELANTAN.
Rumah Rehat Gaharu berbentuk dan terdiri dari rumah-rumah apartment 3-bilik, ada ruang tamu dan ruang dapor. Amat sesuai untuk keluarga, rombongan perkahwinan/pertunangan atau lawatan pelancongan.
The building contains 5 units of 3-bedroom apartments. Each apartment has one bath-room (except the unit 2.2 and adjoined unit 2.3 have two bathrooms), has a sitting room and kitchen/dining area.
Penomboran Unit-unit Apartment.
The numbering of the apartment units.
Unit-unit apartment di Gaharu Guest House di beri penomboran seperti dalam gambar berikut:
The units are numbered as shown in this picture below.
HARGA PROMOSI. Rental Rates:
Terdapat lima unit apartment untuk disewa di bangunan Rumah Rehat Gaharu (Gaharu Guest House) . Unit 3.2 dan 3.3 adalah sama. Dua unit lagi iaitu unit 1.3 dan unit 2.2 adalah lebih besar:
There are five apartment units for rent in the building. Units 3.2 and 3.3 are identical in size and design. Units 1.3 and 2.2 are bigger in area.
- 3 bilik tidur. Setiap bilik di sediakan dengan 2 buah katil twin. Setiap unit apartment 3.2 dan 3.3 boleh muatkan 6 orang dewasa. 3 bedrooms. Each bedroom has two twin (single) beds, therefore the apartment can accommodate six adults.
- Bilik sembahyang.A prayer room.
- Ruang tamu ada sofa. A siiting room with sofa.
- Ruang Dapur.Kitchen area.
- Cerek elekrik. Electric kettle.
- Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan. Additional duvet are provided if requested.
- Seterika. Iron.
- Sewa RM150.00 / unit / malam. Rent is RM150.00 per unit per night.
- Cengkeram Penempahan atau Deposit Booking adalah sebanyak RM50.00 untuk setiap unit setiap malam. Booking Deposit is RM50.00 / unit / night.
Some views in 3.3 (Rent is RM150.00, same as 3.2)
- Tiga bilik tidur. 3 bedrooms. .
- Bilik 1 – katil double (2 orang), almari pakaian, meja cermin muka (dressing table). Bedroom 1 - has a double-bed, a closet for clothes, a dressing table,
- Bilik 2 – katil triple (3 orang), almari pakaian.Bedroom 2 - A bed for three persons (double decker),
- Bilik 3 – katil triple (3 orang). Bedroom 3 - a bed fro three persons (double decker).
- Ruang tamu yang luas dengan satu katil antik untuk 2 orang. A spacious sitting room with an antique double bed.
- Ruang Dapur. A kitchen area.
- Cerek elekrik. Electric kettle.
- Ruang Sembahyang dan rehat yang luas. A second spacious rest area.
- Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan. Additional duvet provided if requested.
- Setereka. An iron.
- Boleh digabungkan (adjoining) dengan Unit 2.2. Can be adjoined with unit 2.2 and 2.3.
- Sewa RM 180.00 / unit / malam. Rent is RM180.00 per night.
- Cengkeram Penempahan atau Deposit Booking adalah sebanyak RM50.00 untuk setiap unit setiap malam. Booking Deposit is RM 50.00 / unit / night.
- Apartrment dua lapis (double storey apartment).
- Ada tangga dalam apartment naik dari tingkat dua (2.2) ke tingkat tiga (2.3). Stairs inside apartment going from 2.2 to 2.3.
- Tiga (3) bilik tidur. Three bedrooms.
- Bilik 1 – katil double (2 orang) + cermin muka. Bedroom 1 downstairs has a double bed.
- Bilik 2 – katil triple (3 orang). Bedroom 2 has a bed for three persons (double decker).
- Bilik 3 – katil quadruple (4 orang). Bedroom 3 has two double decker beds that can accommodate 4 persons.
- Ruang tamu yang luas dan selesa. Ada sofa dan kerusi malas. A spacious Living Room with Sofa and lazy chair.
- Dua (2) Ruang Dapur. Kitchen area.
- Cerek elekrik.Electric kettle.
- Meja makan yang besar (untuk 6 - 8 orang). A dining table for 6 persons.
- TV astro. A satelite TV.
- Setereka. An iron and ironing board.
- Dua (2) bilik mandi.Two bathrooms.
- Toto tambahan di sedikan sekiranya di perlukan. Additional duvet if requested.
- Boleh digabungkan (adjoining) dengan Unit 1.3. Can be adjoined with unit 1.3.
- Sewa RM 200.00 / unit / night.
- Cengkeram Penempahan atau Deposit Booking adalah sebanyak RM50.00 untuk setiap unit setiap malam. Booking Deposit is RM 50.00/night.
PERHATIAN. Please NOTE.
Untuk mempastikan tuan/puan mendapat apartment yang di kehendakki pada tarikh yang di kehendakki, tuan puan di minta membayar wang cengkeram (booking deposit) sepenuhnya atau sekurang-kurangnya RM50.00 untuk setiap unit setiap malam penginapan tuan/puan. Wang ini tidak akan di kembalikan sekiranya tuan/puan tidak datang pada tarikh yang di janjikan. Ini untuk menentukan hanya yang betul-betul ingin menginap sahaja membuat tempahan atau booking. Kami sudah banyak kali mengalami booking tanpa bayaran wang cengkeram yang tidak jadi datang menginap. Ini bukan sahaja merugikan kami tetapi juga menyekat peluang orang lain yang betul-betul handak menginap tetapi sudah tidak ada apartment yang belum di tempah.
A booking deposit is required to ensure that the unit is reserved for you. A full payment or a minimum of RM50.00 per unit per night is required. This deposit will be used to pay towards your total rental, but will not be refunded if guests do not show up on the date the units are booked for.
Pengecualian hanya boleh di buat dan cengkeram di kembalikan sekiranya tuan/puan memberitahu kami DALAM TEMPOH TIDAK KURANG DARI TUJUH (7) HARI dari tarikh penginapan bahawa tuan/puan tidak jadi datang ("to cancel").
The deposit can be refunded if notice of cancellation of stay is given at least 7 days before the proposed date of stay.
Cara membuat tempahan
To make a booking
please telephone me Abdullah at 60 19 9800996 or email abdulct@gmail.com to first ask for availability. If your intended unit is available, and to confirm your booking then please pay a booking deposit of RM5.00 per unit per night into a bank account that will be given to you upon request.
LOKASI. Location:-
Hanya 8 minit perjalanan dengan kereta dari Jalan Besar Kuala Kerai-Machang di prsimpangan di kampong BT 30. Only 8 minuts drive the junction at the village of BATU 30 on the main road Machang-Kuala Krai.
GPS Coordinates of Gaharu Guest House is N 5.7142116, E 102.1543628
CARA KE GAHARU GUEST HOUSE.
DIRECTIONS TO GAHARU GUEST HOUSE IS GIVEN BELOW AFTER THE TEXT IN THE MALAY LANGUAGE.
1. Laluan Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Kota Bharu
Bila memandu dari Kuala Kerai ke Machang, anda akan melalaui beberapa pekan dan kampong seperti Gucil, Kg Telekong, Kg Bunut, Kg Pek, Setor Lama dan BT 31. Sebaik saja anda melepasi BT 31, perhati papan tanda "BT 30". Ada tunjuk hala ke Temangan di situ, belok ke kiri di persimpangan di BT 30. Apabila anda tiba di Temangan, anda akan melintasi landasan keretapi. Sebaik sahaja melintasi landasan keretapi, ikut jalan membelok kekiri. Pandu kedepan lebih kurang 400 meter, pandang ke kanan dan anda akan nampak bangunan tiga tingkat tiga pintu. Gaharu Guest House terletak di bangunan itu.
2. Laluan Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang
Hanya 15 minit perjalanan kereta dari Leboh Raya Gerik-Jeli-Tanah Merah-Machang. Bila memandu dari Gerik/Jeli menghala ke Machang, jangan masuk persimpangan ke bandar Tanah Merah, teruskan perjalanan. Setelah melepasi simpang ke Tanah Merah, dan setelah melintasi Jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan, ambil simpang kiri yang pertama dan ikut pandu arah mula-mula ke Paloh Rawa, kemudian ke Temangan. Di Paloh Rawa anda akan jumpa simpang tiga. Sekirannya anda memandu kereta biasa (sedan, van, 4-wheel drive dan tidak bas atau lori) terus kan perjalanan kehadapan di simpang itu. Anda akan melalui satu jambatan kecil. Dengan berhati-hati Pandu ke hadapan hingga anda jumpa satu simpang T. Di simpang T itu, belok ke kanan menghala ke Kerela atau Kuala Hau. Setelah melintasi landasan keretapi teruskan perjalanan sejauh kira-kira 400 meter. Di sebelah kanan jalan anda akan nampak bangunan tiga tingkat-tiga pintu. Itu ialah bangunan Gaharu Guest House.
3. Laluan Dari Kuala Terengganu ke Kelantan
Dari Kuala Terengganu ikut hala ke Jerteh. Jerteh ialah satu bandar dalam negeri Terengganu yang hampir dengan sempadan negeri Kelantan. Kira-kira 5 km setelah anda melepasi Jerteh tetapi sebelum bandar Pasir Puteh, anda akan nampak papan tanda menuju ke Leboh Raya Timur Barat. Belok Kiri apabila ada tunjuk arah ke "MACHANG, JELI, GERIK". Apabila tiba di MACHANG, pada lampu isyarat yang pertama atau ke-2, belok kiri ikut tunjuk hala ke KUALA KRAI. Setelah melepasi Bandar Machang, anda akan melalui kampong KEMUNING, PANGKAL PETAI, AIR HIJAU dan JAMBU LAWAR. Di AYER HIJAU dan JAMBU LAWAR perhatikan untuk papan tanda ke TEMANGAN. Di BT 30 ikut arahan dan belok kanan ke TEMANGAN. Jarak perjalanan ke Temangan ialah 8 km. Apabila anda tiba di Temangan, anda akan melintasi landasan keretapi. Sebaik sahaja melintasi landasan keretapi, ikut jalan membelok kekiri. Pandu kedepan lebih kurang 400 meter, pandang ke kanan dan anda akan nampak bangunan konkrete tiga tingkat tiga pintu. Gaharu Guest House terletak di bangunan itu.
Tempoh Perjalanan Kereta ke Kota Bharu dan Rantau Panjang
Bagi pelawat yang ingin bersiar-siar di Kota Bharu atau membeli belah di Rantau Panjang, Gaharu Guest House adalah ideal untuk menginap kerana anda dapat elak kesesakan tinggal di bandar Kota Bharu atau di bandar Rantau Panjang. Gaharu Guest House di Temangan terletak hanya 60 minit perjalanan kereta ke Kota Bharu, 60 minit perjalanan kereta ke Rantau Panjang.